Tentang Kounimap

Koperasi UniMAP Perlis Berhad telah didaftarkan pada 16 Januari 2004 di bawah Akta Koperasi Malaysia 1993. Tujuan penubuhan Koperasi UniMAP Perlis Berhad adalah untuk memberikan perkhidmatan dan kebajikan yang dapat memberikan manfaat khususnya kepada semua anggota atau kakitangan UniMAP. Sejarah awal penubuhan Koperasi UniMAP Perlis Berhad ini telah bermula melalui cetusan idea warga Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) yang kini lebih dikenali sebagai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kini Koperasi UniMAP Perlis Berhad lebih dikenali sebagai Kounimap.

Pada mulanya, Kounimap didaftarkan sebagai koperasi kredit. Sejajar dengan tujuan tersebut Kounimap telah melaksanakan pelbagai kegiatan ekonomi dengan menerokai pelbagai peluang-peluang perniagaan lain. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu menjana hasil ekonomi kepada ahlinya melalui kerjasama strategik bersama UniMAP dan juga beberapa syarikat yang  lain. Sehingga kini, ahli Kounimap telah mencecah sehingga 500 orang ahli.

Justeru, Kounimap telah ditadbir oleh sebuah lembaga koperasi yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, 6 orang ahli lembaga koperasi dan juga kakitangan koperasi. Justeru, terdapat beberapa unit yang telah dikembangkan bagi memenuhi permintaan ahli seperti KOUNIMAP TADBIR, KOUNIMAP  KEWANGAN, KOUNIMAP BUKU, KOUNIMAP BEKALAN, KOUNIMAP SERBANEKA, dan juga KOUNIMAP IDEA.

MISI

  1. Memperkasakan permuafakatan untuk memastikan imej koperasi terjamin
  2. Melaksanakan pengurusan berkualiti, berkesan, beramanah dan bertanggungjawab
  3. Menyumbang kepada agenda pembangunan dan daya saing industri Negara
  4. Koperasi yang berdaya saing dan berintegriti

VISI

Visi Kounimap yang utama adalah menjadi sebuah koperasi peneraju yang berjaya dan mengutamakan kebajikan anggotanya berlandaskan kepada prinsip-prinsip Koperasi Malaysia.

OBJEKTIF

  1. Membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi serta kebajikan anggota
  2. Memberikan perkhidmatan kepada anggota, pelanggan dan komuniti
  3. Mengagihkan keuntungan secara saksama kepada anggota
  4. Menggalakkan anggota menabung serta berjimat cermat
  5. Bertindak secara proaktif dalam meninjau peluang perniagaan yang berdaya saing
  6. Berusaha menjadi sebuah koperasi yang dinamik dan stabil
  7. Mengamalkan budaya muafakat yang jitu
  8. Memantapkan jalinan kerjasama dengan pihak UniMAP dan agensi luar